LIMBARUH HIJAU 13 JANUARI 2009 - PENEKANAN keatas dasar pendidikkan ugama Islam dalam Sistem Pendidikan Negara Abad - 21 (SPN-21) menjadi bahan perbincangan di kalangan masyarakat Brunei terutama dalam kelompok pakar pendidikan ugama di negara ini.
Walaupun SPN-21 sudah mula dilaksanakan sejak 1 Januari 2009, persoalan masih timbul apakah SPN-21 sudah cukup memberikan penekanan kepada pendidikan ugama selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sabagai sebuah 'Negara Zikir' di mana rakyat yang menghuninya sentiasa mengingat Allah dan berpegang kepada tali Allah dalam semua aspek kehidupan mereka?
Apakah SPN-21 yang di sasarkan kearah membina sebuah masyarakat Brunei yang 'holistik', iaitu bukan sahaja maju berilmu dan berkemahiran, tetapi juga mempunyai jati diri yang kental sudah cukup memberikan penekanan seimbang untuk mempastikan jati diri generasi baru yang akan di bina ini tidak pincang dalam aspek akidah dan keimanan mereka?.
Wallahuwalam. Apa yang dapat di kesan oleh Parti Pembangunan Bangsa (NDP) semakin kedengaran suara-suara di luar sana yang seirama dengan NDP dalam meluahkan kerisauan mengenai ketidak seimbangan dalam penekakan dasar pendidikan ugama dalam sistem pendidikan negara.
Semakin ramai suara-suara yang seirama dengan NDP agar dibentuk dasar pendidikan berasaskan konsep ‘Bismi Rabbik’ – mengenal Allah SWT – bagi melahirkan masyarakat berpendidikan dan menatijahkan lahirnya tenaga kerja yang terlatih dan bersahsiah tinggi supaya negara tidak bergantung kepada tenaga kerja asing dalam pembangunan negara.
NDP telah mengariskan cadangan ini dalam Manifesto Politiknya 2006 - 2016 dan baru-baru ini telah menyuarakan kebimbangan yang berhubung dasar pendidikan ugama dalam sistem pendidikan negara di sesi muzakarah dengan Kementrian Hal Ehwal Ugama.
Dan Alhamdullilah kebimbangan NDP ini 'semacam' di sambut baik di Froum Khas sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430 Universitri Brunei Darussalam pada 9 Januari 2009 baru lalu.
Di forum tersebut Dekan Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Haji Yahya Haji Apong menyarankan agar SPN 21 di nilai semula dengan mengambil kira penekanan keatas dasar pendidikkan ugama.
Beliau berpendapat Pengetahuan Ugama Islam (IRK) perlu menjadi mata pelajaran teras dalam sesuatu sistem pendidikan bagi mencapai hasrat membentuk "Modal Insan Rabbani".
"Namun dalam Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21), mata pelajaran itu hanya dijadikan mata pelajaran wajib di peringkat rendah tetapi menjadi mata pelajaran elektif di peringkat menengah (Tahun 7, 8 dan 9)".
"Jika SPN 21 itu tidak dapat dinilai semula, ia boleh menjejaskan hasrat negara menjadikan negara ini sebagai Negara Zikir," kata beliau.
Beliau seterusnya menambah pelajar Tahun 7 hingga Tahun 9 adalah dalam peringkat perkembangan dan peralihan daripada kanak-kanak kepada remaja.
Sehubungan itu, pendidikan agama Islam sepatutnya lebih dipertingkatkan lagi dan bukannya dikurangkan pula fungsinya, lebih-lebih lagi Islam sudah menggariskan yang pendidikan itu adalah proses berterusan yang perlu terus dipertingkatkan selepas seseorang itu mencapai umur baligh, katanya.
"Oleh sebab IRK menjadi mata pelajaran elektif pada tahun-tahun pengajian berkenaan, maka kita jangan terkejut jika ada kalangan pelajar atau ibu bapa yang tidak cemas jika pelajar berkenaan tidak lulus mata pelajaran berkenaan," ujarnya.
"Kita perlu faham IRK adalah penanaman akidah, penerapan nilai rohani, pembentukan manusia yang mantap akidahnya dan sempurna ibadahnya.
"IRK perlulah diserlahkan semula dan diberikan penekanan khusus dalam SPN 21 supaya menepati kehendak dan hasrat IRK itu diperkenalkan ke dalam pendidikan negara," sarannya.
Pendidikan formal di negara ini sememangnya persoalan yang besar dan sejarah menunjukkan pendidikan formal itu dapat dipecahkan kepada tiga iaitu umum (nilai akademik), agama (nilai rohani) dan program pengajian Islam, hurainya.
Beliau menerangkan, pendidikan umum bermatlamat untuk melahirkan pakar profesional bagi pembangunan negara, manakala agama pula bagi melengkapkan kemahirannya dan program pengajian Islam yang hanya khusus bagi mereka yang mengikuti pengajian Islam adalah bagi mempelajari ilmu dalam Islam.
Beliau menyatakan itu menunjukkan sistem pendidikan berkenaan adalah sistem berpisah-pisah dan sistem begitu adalah kurang berkesan dalam gagasan pendidikan Islam, dan jika pun berjaya, terpaksa melalui perjalanan penuh liku.
"Kita ambil saja contoh ilmuwan terkemuka Islam iaitu Ibnu Sina yang juga seorang pakar perubatan, ahli faqih, ahli tasawuf, ahli falak, ahli fizik dan juga seorang hafiz kerana beliau memiliki ilmu yang pelbagai iaitu bukan hanya tertumpu pada keduniaan ataupun akhirat semata-mata bahkan kedua-duanya.
Berikutan perbahasan forum tersebut Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu kenyataan menegaskan kedudukan status quo mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam (IRK) dalam SPN 21 adalah tidak berubah.
Menurut kenyataan tersebut di bawah sistem itu, pendidikan agama masih merupakan salah satu mata pelajaran wajib diikuti setiap pelajar di peringkat persekolahan rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6, dan seterusnya akan bersambung ke Tahun 7 dan 8.
Dalam sistem sebelum itu, IRK diwajibkan sehingga ke Menengah 3 di mana pelajar akan mengambil Penilaian Menengah Bawah (PMB), kata kementerian dalam kenyataan tersebut.
Isi kandungan kurikulum dan peruntukan waktu Tahun 7 dan 8 masih sama dengan isi kandungan kurikulum dan peruntukan waktu yang digunakan sebelum SPN21, tambah kenyataan.
Kedudukan mata pelajaran IRK pula adalah sama dari segi penekanan dan penumpuan pengajaran dan pembelajarannya dengan mata-mata pelajaran lain dan ia menggambarkan Kementerian Pendidikan tetap memberi penekanan, keutamaan dan kepentingan kurikulum IRK dalam SPN21, katanya.
Kementerian juga berkata di bawah sistem baharu ini, IRK hanya menjadi mata pelajaran elektif dalam Tahun 9 hingga Tahun 10 atau Tahun 9 hingga Tahun 11 ketika pelajar mengambil peperiksaan "O" Level.
Ini bermakna bagi mereka yang mampu mengambil "O" Level dalam Tahun 10, turut beruntung kerana dapat menyelamatkan masa satu tahun, tambah kenyataan itu.
Manakala di peringkat "A" Level, IRK diambil kira bagi pemohon yang mempunyai kebolehan, kecenderungan dan berminat meningkatkan pengajian ke pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara bagi jurusan-jurusan yang bersesuaian dengan pencapaian yang bersesuaian, serta jika memenuhi lain-lain syarat-syarat kemasukan.
Penyediaan kurikulum IRK SPN21 disediakan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk sekolah-sekolah umum, manakala sebahagian tenaga pengajar IRK dibekalkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, jelas kenyataan Kementerian Pendidikan.
Kerjasama kedua-dua kementerian itu dapat melaksanakan mata pelajaran IRK dengan baiknya selama ini dan walaupun perhatian Kementerian Pendidikan lebih tertumpu pada meningkatkan kualiti mata-mata pelajaran umum bagi membawa kepada pembangunan negara, IRK tidak ditinggalkan dan diabaikan, tegas kenyataan.
Sementara itu seperti yang di nyatakan oleh Haji Mohammad Firdaus Haji Noordin yang telah mempengerusikan forum UBD sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430, "SPN21 yang baru saja di peringkat awal perlaksanaannya perlu diberi peluang untuk dinilai dan dipertingkatkan lagi sistemnya supaya menjadi lebih mantap dan itu memerlukan idea sihat dan kesepaduan daripada semua pihak di negara ini".