KEDUDUKAN DAN HUBUNGAN ANTARA ISLAM, IMAN DAN IHSAN


Islam ialah cara hidup yang sesuai, jadinva langkah seterusnya ialah mengamalkan agama itu. Bagi menyuburkan Iman, Islam mengatur berbagai ajaran dan panduan untuk bergerak dan bertindak yang merupakan sistem Ilahi untuk kemaslahatan dan kebahagiaan manusia. Hadis Nabi yang bermaksud:

Dari umar r.a katanya : Pada suatu hari kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang bersangatan putih kainnya, bersangatan hitam rambutnya, tidak kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan dan tidak ada seorang pun yang mengenalinya dan ia duduk dekat Rasulullah s.a.w dan menyandarkan kedua lututnya kepada dua lutut Nabi dan melelakkan telapak tangannya ke atas paha Nabi dan berkata : "Hai Muhammad! Khabarkanlah kepada ku dari hal Islam?". Rasulullah menjawab : "Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, engkau mendirikan sembahyang, keluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan, mengerjakan haji di Baituilah jika sanggup kepadanya". Ia berkata: “Benarlah engkau!". Maka kami tercenggang kerana ia yang bertanya dan ia pula membenarkan. Katanya lagi : "Khabarkan kepada ku dari hal Iman?" Rasulullah menjawab : "Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan para RasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baikNya dan jahatNya". Ia berkata: "Benarlah engkau!". Kemudian ia bertanya lagi: "Khabarkanlah kepadaku dari hal Ihsan?". Rasulullah menjawab: "Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, sesungguhnya la melihat engkau". Akhir ia berkata: "Khabarkan padaku dari hal hari Qiamat.”. Rasulullah menjawab: "Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya". Kalau begitu katanya: "Khabarkanlah padaku dari tanda-tandanya saja". Rasulullah menjawab: "Tandanya ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggikan binaan”. Kemudian ia pun pergi, Rasulullah berkata "Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kami”(Di riwayatkan oleh Muslim)


Iman berasal daripada perkataan Arab (امن - amina ). Dalam makna bahasa ialah aman atau membentuk keadaan aman atau tenteram. Di dalam ilmu tauhid ialah membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad.


DEFINISI  ISLAM
Perkataan Islam berasal dari kata kerja (سلم  - salima ) bererti sejahtera, suci, taat dan penyerahan diri pada Tuhan. Maksudnya ialah menyerah diri kepada penciptaNya dengan sepenuh hati serta mematuhi dan mentaati segala ajaran dan perintahNya. Islam adalah agama Allah, hal ini dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” (surah al-Imran: 19)

DEFINISI  IHSAN
Ihsan ditakrifkan dengan makna memberi nikmat dan kelebihan. Tetapi sebenarnya makna ihsan ini lebih luas. Jika kita kembali kepada karnus. kita lihat makna (ihsan) ialah membuat baik dan (ahsana) pula ialah perbuatan baik. Perbuatan baik meliputi semua tingkah laku yang mengangkat taraf manusia serta mendidik jiwa seseorang dan menghampirkan dirinya kepada penciptanya. Al-Quran mengatakan tentang ihsan hingga dapat mempengaruhi keperibadian seseorang dari segi dorongan bekerja dan menyeru kepada ihsan supaya manusia menjadi mulia.

ASPEK  TEORI (rukun Iman).
Untuk memenuhi pengertian beriman kepada Islam itu mestilah ada tiga perkara iaitu (1) mengakui di dalam hati hahawa Islam itu benar dan (2) menyatakan dengan lidahnva bahawa Islam itu agama yang benar serta (3) mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam agama Islam itu. Kalau ketiga-tiga perkara ini tidak ada, maka tidaklah sempurna keimanan seseorang itu terhadap agama Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud. “Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan". (Riwayat at-Tarmizi)

Imam al-Ghazali menghuraikan makna iman dengan katanya yang bermaksud, "Pengakuan dengan lidah membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)". Maksud rukun disini ialah asas iman iaitu;

Mengenai keimanan kepada Allah ini, banyak sekali disentuh oleh al-Quran yang menjadi sumber asasi ajaran agama Islam. Al-Quran bukan saja menegaskan tentang adanya Allah tetapi juga menerangkan ajaran Islam berkaitan ketuhanan iaitu bagaimana corak dan bentuk kepercayaan kita kepada Allah. Dalam al-Quran ada firman Allah yang bermaksud; Katakanlah hai Muhammad, Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. la tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Surah Al-Ikhlas: 1-4). Mengenali Allah bukan hanya sekadar mempercayai tetapi diikuti dengan menyembah Allah dan tidak yang lain daripadaNya.

2.      Beriman Dengan Malaikat
Sumber pengetahuan kita mengenai malaikat ialah al-Quran dan cerita daripada Rasulullah, kedua-duanya adalah benar dan tidak palsu atau dusta. Hakikatnya Allah berkuasa menjadikan apa saja yang dikehendakiNya. Mempercayai malaikat masuk dalam perkara ghaib seperti sabda Nabi Muhammad yang bermaksud; "Dijadikan malaikat daripada cahaya dan dijadikan jin daripada percikan api". (Riwayat Muslim). Di antara tugas malaikat ialah menjadi perantaraan Allah dengan Rasul iaitu menyampaikan risalah atau wahyu.

3.      Beriman Dengan Kitab Allah
Segala perundangan, peraturan dan hukum yang diturunkan oleh Allah ke dunia ini melalui RasuINya adalah terdapat dua bentuk, iaitu Suhuf dan Kitab. Kita dituntut supaya mempercayai kitab khususnya al-Quran. Kita berpegang dan beramal dengan mengikut segala arahan dan larangan di dalamnya.

4.      Beriman Dengan Rasul
Setiap umat dan bangsa manusia sejak mendiami dunia ini adalah diutuskan Rasul. Ini adalah daripada manusia itu sendiri yang merupakan makhluk yang lemah lagi bersifat kekurangan. Dengan itu Allah melantik rasul untuk menjadi pemimpin. Nabi Muhammad adalah merupakan suatu rahmat bagi alam ini seperti firman Allah yang bermaksud; "Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan menjadi rahmat sekalian alam."(Surah Al-Anbiya: 107).

5.      Beriman Dengan Hari Akhirat
Sebenarnya perkara menghidupkan semula orang yang sudah mati adalah perkara yang mudah di sisi Allah. Banyak dijelaskan dalam al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud; "Dan dialah (Allah) yang mula mencipta makhluk kemudian ia akan mengulanginya semula (hidup kembali di akhirat besok) sedangkan itu lebih mudah bagiNya"(Surah ar-Rum: 27).

6.      Beriman Dengan Qadha dan Qadar
Sebagai muslim mukmin, kita wajib menyakini Allah ada menetapkan undang-undang alam dan ketentuan terhadap makhluknya sebelum ia diwujudkan. Manakala makhluk dengan sifat dan tabiatnya serta peraturan yang dijadikan padanya akan berlaku menurut ketetapan azali tanpa terkeluar sedikit pun dari ketentuannya. Seperti firman Allah yang bermaksud; “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang bertawakkal.”.  (surah At-Taubah: 51)

IMPLIKASI ASPEK TEORI
Di atas rukun inilah maka kita sebagai muslim mesti menjadikan landasan rnembina sikap dan pandangan hidup kita di dalam apa-apa juga perkara dan masalah serta persoalan-persoalan yang kita tempuh. Dengan panduan dari al-Quran dan Sunnah, kita dapat membina sikap dan kepercayaan yang berasaskan rukun keimanan.

Sikap terhadap hidup
Berdasarkan kepercayaan kepada qadha dan qadar, manusia yang berpegang teguh kepada Allah dan yakin kepada takdir Allah serta melaksanakan kewajipan mengikut panduan kitab Allah, mereka hidup di dunia ini dengan tidak merasa kebimbangan dan putus asa. Kehidupan kita di tangan Allah, kita hendaklah bertawakal kepadaNya, baik dan buruknya ditentukan Allah tetapi penentuan bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya, malah ditentukan dengan adil dan saksama. Allah tidak sekali-kali menganiaya hambaNya seperti dalam firmanNya yang bermaksud; "Dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya" (surah Fussilat: 46)

Sikap terhadap mahkluk gbaib (Alam Ghaibiat)
Dengan mempercayai kekuasaan mutlak Allah ke atas alam dan isi-isinya, dan mempercayai wujudnya malaikat iaitu sesuatu yang tidak dapat dilihat, dirasai dan sebagainya. Allah berkuasa menjadikan mahkluk dengan berbagai jenis sama ada diketahui oleh manusia atau tidak. Sebahagian daripada kejadian Allah yang ghaib itu kita ketahui daripada al-Quran dan Sunnah yang kita yakini kebenarannya. Kesan daripada mempercayai hari akhirat maka manusia muslim itu mestilah bersikap benar terhadap kehidupan di dunia walaupun dia tidak mengetahui mengenai kematiannya. Sebab ia yakin maut pasti akan datang dan akan dibangkitkan semula dan disoal semua perbuatannya di dunia sewaktu di hari akhirat.


ASPEK  PRAKTIKAL (rukun Islam).
Setelah kita mempunyai keimanan dan membentuk sikap hidup berdasarkan rukun-rukun keimanan, kita sewajibnya merendahkan diri dan patuh kepada yang menjadikan kita dan pergantungan hidup di dunia dan akhirat. Perkara-perkara yang menjadi pokok dalam agama Islam kita ialah;

1.      Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Mengucap dua kalimah syahadah mengandungi pengertian bahawa seseorang itu menjadi muslim yang mana difardukan ke atasnya segala hukum Islam, dengan melaksanakan perintah dan menjauhkan larangan Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Perkataan syahadah itu sendiri membawa maksud pengakuan tentang keesaan Allah (tiada tuhan yang disembah melainkan Allah) dan tentang kerasulan Nabi Muhammad (Nabi Muhammad itu persuruh Allah). Seperti lafaz yang ditentukan oleh islam
( أَشْهَدُ أَنْ لاَ إَلهَ إَلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ )
2.      Sembahyang Lima Waktu
Solat menurut pengertian bahasa bererti rahmat, doa, minta ampun. Kerana di dalam solat tiga perkara tersebut terkandung di dalamnya. Demikian pula pengertian Selawat. Bahawa selawat Allah kepada Nabi Muhammad bererti rahmat. Selawat malaikat kepada Nabi bererti istighfar. Selawat orang mukmin kepada Nabi bererti permohonan tambahan rahmat. Dalam firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah kepada hamba-hamba ku yang telah beriman, hendaklah mereka mendirikan solat” (Surah Ibrahim: 31)

3.      Mengeluarkan Zakat
Orang Islam yang mempunyai harta hendaklah memberikan sumbangan kepada golongan yang tidak mampu dan kepada umum negara sama ada berupa wang ringgit, emas, perak, harta perniagaan, haiwan ternakan, buah-buahan dan biji-bijian menurut nisab dan kadar yang tertentu. Firman Allah yang bermaksud; Dirikanlah solat serta berikanlah zakat hartamu” (Surah an-Nisa: 77)

4.      Puasa Bulan Ramadhan
Memuliakan bulan Ramadhan kerana mula diturunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad. Allah menggalakkan tiap-tiap muslim supaya melakukan ibadat lebih dan wajib puasa pada bulan mulia untuk menambahkan ganjaran pahala bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Seperti dalam firman Allah: "Hai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa, (iaitu) beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan, maka (wajiblah ia puasa) beberapa (hari atau ketinggalan) itu di hari-hari yang lain." (surah Al-Baqarah:183-184)

5.      Menunaikan Haji ke Baitullah.
Mengunjungi kaabah (rumah suci) untuk melakukan beberapa amal ibadat, dengan syarat- syarat yang tertentu. Firman Allah yang bermaksud: “Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (di antaranya maqam Ibrahim) barangsiapa memasuki Baitullah menjadi amanlah dia, mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah bagi orang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah." (Surah al-Imran: 97)

IMPLIKASI ASPEK PRAKTIKAL
Pengajaran tentang aqidah dan ibadat bukanlah suatu kepercayaan yang beku yang tidak bererti dan tidak difahami. Keduanya hendaklah merupakan kegiatan yang hidup. Keyakinan yang ditanamkan ke dalam jiwa disertakan dengan gerakan-gerakan yang teratur yang diperintah melakukannya. Keduanya membangkitkan jiwa manusia mengejar serta memiliki moral. Moral yang sihat sentiasa dilatih memiliki keperibadian yang terpuji. Untuk itu akan memberi kesan yang boleh menentukan terhadap kehidupan muamalah antara manusia, sama ada keluarga, masyarakat atau kehidupan dan pergaulan antarabangsa.

Sikap terhadap Allah
Sembahyang menandakan kita benar-benar menyerahkan diri dan nasib kita kepada Allah, dan tidak kepada yang lain. Apa saja yang kita buat dan usahakan, semuanya kita serahkan kepada Allah. Inilah hakikat sebenar orang yang sembahyang, hal ini semua dibuktikan dalam doa iftitah yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Rabul Alamin” (Surah al-Anam: 162). Ibadat merupakan pertalian terus-menerus antara hamba dengan Allah tanpa perantaraan sama ada orang biasa dan golongan ulama. Seseorang manusia di masa menyembah Allah bebas daripada sebarang perantaraan atau wasitah dan tempat kerana semua tempat yang suci di bumi boleh digunakan untuk melakukan ibadat kepada Allah. Sembahyang juga boleh menenangkan jiwa dan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dalam firman Allah yang bennaksud; “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iatiu al-Quran dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah al-Ankabut:  45)

Sikap terhadap harta
Alam ini kepunyaan Allah. Jadinya, harta kekayaan adalah pada hakikatnya milik Allah dan ia merupakan amanahNya kepada mereka yang mendapatkannya. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan beribadat kepada Allah dalam menggunakannya untuk menegakkan suruhan Allah mengenai harta. Harta bukanlah milik manusia yang mutlak yang boleh dilakukan sehendak hatinya. Kerana itu manusia hendaklah membuat peruntukkan dari kekayaan untuk diberikan kepada orang yang berhak yang ditentukan oleh Allah.

Sikap dan pendirian terfaadap manusia
Manusia dijadikan oleh Allah supaya menjalankan tugas sebagai khalifah iaitu tugas membina dan memakmurkan bumi Allah. Menggunakan nikmat Allah untuk menegakkan keadilan, kebaikkan, keamanan dan mencegah kerosakkan, kebinasaan dan sebagainya, kerana dia tahu bahawa dia hanya hamba Allah yang akan dihisab amalannya oleh Allah di akhirat. Hasil dari perbuatannya di dunia untuk agama Allah akan dimasukkan kedalam syurga.

ASPEK  TAMBAHAN (ihsan).
Ihsan merupakan salah satu sendi agama Islam di samping iman dan Islam. Ianya penting kerana segala perbuatan orang Islam yang mukmin akan menghasilkan ihsan. Al-Quran menerangkan bahawa ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Allah telah memberi riikmat kepada manusia dengan ihsanNya, maka manusia juga perlu ihsan dengan nikmat ini kepada makhluk. Al-Quran juga menyatakan bahawa manfaat ihsan itu akan kembali kepada tuannya. Firman Allah yang bermaksud; Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu, dan Jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Isra: 7)

Ini adalah benar, dimana seseorang yang melakukan ihsan akan merasa tenang yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain dan orang yang menerima ihsan itu sendiri akan merasa senang, kasih serta sayang kepada pelaku ihsan. Ini semua memberi kebahagiaan jiwa. Al-Quran juga mengangkatkan martabat ihsan dan disertakan dengan ikhlas kepada Allah dan kedua-dua ini disifatkan sebagai sifat yang paling tinggi yang patut ada pada seseorang yang beragama. Allah memberi galakan untuk dikerjakan amalan-amalan baik (al-hasana) dengan firmanNya yang bermaksud; Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat) maka baginya (balasan) sepuluh kaliganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.” (Surah al-An’am: 160)

Ihsan memerlukan pengorbanan dan kesungguhan. Dengan sebab ini Allah memberi galakan supaya dilakukan ihsan dengan menerangkan kelebihan dan pahala kepada ihsan itu untuk memberi kesan kepada jiwa manusia dan untuk mereka menjadikannya sebagai satu tabiat mereka.

Orang-orang yang disuruh oleh al-Quran untuk melakukan ihsan
Al-Quran meletakkan beberapa golongan manusia yang lebih berhak dibuat ihsan kepada mereka, paling utamanya ialah kedua ibu bapa, sebab mereka mempunyai jasa besar ke atas anak-anak. Bukan diperbuat ihsan sahaja kepada ibu bapa, tetapi bagaimana cara muamalah dengan keduanya.

Al-Quran juga menentukan supaya dilakukan ihsan kepada orang yang mempunyai pertalian antara orang yang melakukan ihsan dan orang yang menerima, iaitu kepada keluarga atau jiran ataupun golongan manusia lain yang tidak ada pertolongan dan bantuan kepada mereka ini. Firman Allah yang bermaksud; Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orapg-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki" (Surah Al-Nisa: 36)





Disediakan oleh
Noradie Azmi bin Mohd Daud
10SM006
Tasawwur Islam