1. PENDAHULUAN
Islam bukan satu ideology tetapi Islam adalah Ad-Din yang mencakupi seluruh bidang kehidupan. Islam sebagai ugama yang diwahyukan. Ajaran-ajaran Islam adalah dalam bentuk kesatuan yang padu yang harus diterima seluruhnya dan sebaliknya tidak boleh ditolak sama sekali. Manusia hendaklah mengetahui dan mengenali Allah dan menurut perintahnya, jika mereka tidak pernah mendekati kalam Allah (sumber utama ilmu bagi mengenali segala hakikat yang wujud) maka ia tidak akan mengerti tasawwur Islam yang syumul ini.
Maka untuk mendapatkan petunjuk kejalan bertaqwa kepada Allah S.W.T. maka Allah menurunkan Tanzil (wahyu) melalui malaikat kepada para rasul untuk disampaikan kepada manusia. Kita hendaklah juga mengetahui dan mengenali al-Tanzil dengan jalan ilmu pengetahuan berlandaskan Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Oleh itu kita perlu meningkatkan lagi tahap keimanan dan akidah yang kukuh untuk mengharungi era globalisasi pada masa kini.
2. PENJELASAN KONSEP AL-DIN AL-TANZIL
Dalam surah Al-Baqarah ayat 170 :
Maksudnya:
Dan apabila dikatakan kepada mereka” Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah”, Mereka menjawab: “(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apaYang Kami dapati datuk nenek Kami melakukannya”. Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (Apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?.[1]
Ø Ayat diatas membuktikan bahawa orang Arab jahiliah tidak menolak akidah adanya tuhan tetapi mereka menolak apa yang disampaikan Allah S.W.T kepada mereka.
Ø Mereka tidak memahami atau menghayati apa yang disampaikan kepada mereka jadi mereka terus berpegang pada perkara yang sudah tersedia dengan pengajaran-pengajaran dan kelakuan yang telah mereka ikut daripada datuk nenek mereka yang terdahulu sehinggakan mereka tidak mendapat petunjuk-petunjuk dari Allah S.W.T.
3. PENJELASAN KONSEP AL-DIN AL-FITRAH
Dalam surah Ar-Ruum (30) ayat 30:
Maksudnya:
(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.[2]
Ø Perkataan Hanif disini bererti memperbetulkan dari yang bengkok kepada yang lurus (istiqamah), memperbetulkan kesesatan kepada petunjuk dan dari yang batal kepada hak. Manakala erti “Fitrah Allah yang telah menciptakan menusia menurut fitrah itu”, ialah insaniyyah yang menghimpun dua kehidupan iaitu jasmani hewaniyah dan rohani malakiah yangmana kedua-dua kehidupan tersebut mempunyai potensi yang bersedia mengenal alam syahadah (Nampak) dan alam ghaib.
Ø Ayat ini juga menjelaskan dan menjalankan konsep fitrah. Islam Al-Din Al-Fitrah.
4. KONSEP BAGI AL-DIN AL-TANZIL DAN AL-DIN AL-FITRAH
4.1 KONSEP AL-DIN AL-TANZIL.
اصل فركتانن: نزل – ينزل - تنزيل
Istilah dari segi bahasa ialah yang turun.
Maksudnya ialah yang diturunkan yang diambil dari perkataan (تنزيل)
Perkataan Tanzil digandingkan dengan Islam yang sifatnya diturunkan oleh Allah S.W.T supaya Islam itu jadi pegangan bagi seluruh makhluk dalam bentuk tanzil dan agama itu adalah yang Allah sendiri cipta dan turunkan kepada semua makhluk dimuka bumi ini. Di dalam Al-Quran terdapat kira-kira 300 tempat yang digunakan perkataan Tanzil dan ianya menunjukkan Al-Quran adalah wahyu Allah Taala. Diantaranya ialah seperti firman Allah:
Hai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mu’jizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Quran). [3]
Etamologinya: Tanzil adalah yakin bahawa agama Islam itu datangnya dari agama Allah Taala yang diturunkan wahyu melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai mensyarahkan (menyampaikan) apa-apa yang diturunkanNya itu kepada manusia sejagat. Menerusi konsep Islam meyakinkan kepada kita bahawa segala prinsip, ibadat, nilai akhlak dan muamalahnya adalah ditentukan oleh Allah yang sesuai bagi makhluknya.
4.2 KONSEP AL-DIN AL-FITRAH.
Fitrah maksudnya suatu yang suci yang dibentuk iaitu sifat sucinya tetap tidak berubah iaitu semula jadi.
Dalam surah Al-An’am (6) ayat 79 ada mengatakan :
’ÎoTÎ) àMôg§_ur }‘Îgô_ur “Ï%©#Ï9 t�sÜsù ÅVºuq»yJ¡¡9$# šßö‘F{$#ur $Zÿ‹ÏZym ( !$tBur O$tRr& šÆÏB šúüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÐÒÈ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap diatas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)”. [4]
Fitrah Islam ialah suatu yang Allah ciptakan melalui segala kebaikkan yang lalu dan ianya merupakan ( نظام ) ditentukan, tidak perlu di tambah oleh manusia, ia merupakan sesuatu yang sesuai untuk makhluk kerana Islam adalah untuk makhluk.
Dalam surah Al-A’raf (7) ayat 172 mengatakan :-
Maksudnya:
Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.[5]
Surah ini menjelaskan tentang syahadah iaitu menyatakan semua manusia berada dalam alam roh, sebelum bercantum dengan alam jasad (tubuh badan) dan membuat perjanjian dengan Allah tentang kekuasaannya. Ini adalah di namakan fitrah, iaitu sistem Islam. Fitrah ialah sifat semulajadi (inborn) tidak ada permulaannya. Islam itu natijah kepada orang berilmu, tanpa ilmu ia tidak akan tercapai.
5. BAGAIMANA WAHYU DI FAHAMI OLEH MANUSIA
Rasul dipilih dikalangan manusia, sebagai perantaraan untuk menghuraikan segala peraturan di dalam kitab Al-Quran. Rasul dipilih dikalangan manusia bukan makhluk yang lain, yang menunjukkan contoh secara praktikal dalam menjelaskan wahyu Allah, baginda membawa risalah kerasulan selama 23 tahun lamanya, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
Maka itulah wahyu Al-Quran yang diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril si atas suruhan Allah Ta’ala. Contohnya: Al-Quran diturunkan pada waktu yang khusus masyarakat pada zaman keburukkan yang mewakili masyarakat yang hebat dalam kejahilan iaitu Arab Jahiliah yang mana boleh menerima model atau janakuasa dalam penerimaan perubahan yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Dari segi mind set (dalam pemikiran) : Pemikiran lama diubah menjadi pemikiran baru, maka terjadilah tranformasi. Keruntuhan akhlak adalah yang paling buruk daripada umat-umat di dunia. Bukankah Nabi berasal daripada manusia biasa juga, bagaimana kita hendak menerima wahyu daripadanya?. Untuk menolak hujah yang mengelirukan tentang kedatangan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W ada dikatakan didalam surah Al-Kahfi (18) ayat 110 :
Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.[6]
Dalam konsep wahyu, umat Islam dididik berfikir dalam adanya wahyu dan manusia dapat memahami apa-apa saja yang berada dialam ghaib menerusi wahyu. Menerusi penurunan Al-Quran manusia dapat faedah dan nikmat daripada Yang Maha Agong (Allah Taala).
6. PERANAN WAHYU KEPADA MANUSIA (ISLAM)
Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi yang terakhir dan diutus untuk menyempurnakan agama yang telah dibawa oleh semua nabi-nabi yang terdahulu. Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah S.W.T hianggalah hari kiamat, firman Allah S.W.T yang bermaksud “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu agama bagimu”.[7]
Diantara peranan wahyu terhadap manusia adalah
· Sebagai perundangan yang menjadi dasar hukum Islam yang sesuai dijalankan pada bila-bila masa dan segenap tempat.
· Memimpin manusia ke jalan yang benar.
· Sebagai petunjuk kepada seluruh manusia daripada kekufuran kepada hidayah.
· Sebagai garis pandu melaksanakan syariatnya dalam kehidupan manusia.
· Memberitahu khabar gembira tentang balasan syurga kepada yang melakukan kebaikan dan khabar dukacita kepada golongan yang melakukan kejahatan.
· Membimbing manusia bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
· Manusia dapat membezakan antara perkara yang halal dan haram dalam membuat sesuatu tindakan.
· Menyelamatkan dan menjauhkan manusia daripada kesesatan dan azab api neraka.
· Al-Quran sebagai penawar bagi manusia dari segala penyakit zahir dan batin.
· Beriman dengan perkara-perkara yang ghaib yang Allah S.W.T telah menjelaskan di dalam wahyuNyadaripada Nabi-nabi / Rasul-rasul.
Allah S.W.T menunjukkan rahmat ke atas manusia dengan mengutuskan Nabi / Rasul daripada dikalangan manusia supaya mereka dapat memahami, berhubungan dan berbincang mengenai perkara yang datangnya dari Allah S.W.T.
7. SEKIRANYA WAHYU TIDAK DITURUNKAN KEPADA MANUSIA
Sesungguhnya manusia mempunyai fitrah untuk beragama. Manusia sudah melalui zaman yang panjang dalam beberapa fasa kehidupan. Sehinggakan di dalam kehidupan manusia ada yang mempercayai pada haiwan dan tumbuhan (mensucikan dan menjadikan haiwan sebagai bahan pemujaan mereka); mempercayai kekuatan itu bagi mereka adalah tuhan (menyembah matahari, dan sebagainya); ada yang menyembah berbilang-bilang tuhan, dewa-dewi dan sebagainya.
Begitulah adab tamadun manusia pada zaman itu yang hanya melihat pada pandangan zahir mereka sahaja dan menuruti hawa nafsu walaupun mereka diberikan akal dan fikiran sehinggakan manusia boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk, finnan Allah Taala: “Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orcmg rendah. Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.”[8] dan menimbulkan bermacam-macam kerosakan dan kejahatan. Sebagaimana firman Allah Taala: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbul yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”[9]
Hala tujuan hidup manusia tidak menentu dan huru-hara. Tiada saling kasih mengasihi sesama makhluk ciptaan malahan saling bermusuhan di antara satu sama yang lain, yang kuat menindas yang lemah, yang kejam menzalimi yang mulia dan tiada sifat serta akhlak yang mulia di dalam kehidupan manusia. Tanpa wahyu diutuskan daripada Allah S.W.T., manusia akan tercari-cari kebenaran dan arah hidup. Manusia tidak akan kenal siapa dirinya, siapa penciptanya, dan apakah tujuannya hidup di dunia ini. Adakah kehidupan hanya sekadar di dunia yang fana ini sahaja atau ada alam lain selepas alam ini?. Bagaimanapun mungkin manusia mengetahui tanpa ada perutusan daripada cahaya hidayah dan kebenaran. Manusia akan berbuat sesuka hati sahaja mengikut akal fikiran dan hawa nafsu tanpa membuat pertimbangan mengikut sumber hidayah.
Sejarah telah membuktikan walaupun Allah S.W.T. telah mengutuskan Nabi-nabi dan Rasul-rasul melalui wahyu yang dikirimNya, manusia akan lalai dan leka walaupun sudah diberikan peringatan dan amaran oleh Allah S.W.T. melalui lidah dan perbicaraan Nabi-nabi / Rasul-rasul, sepertimana tatkala Nabi Noh berdakwah kepada umatnya, bukan ucapan selamat yang diterimanya malah kaunmya lari dan enggan mendengar hidayah kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Noh A.S.[10] Manusia akan lupa siapakah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada mereka tetapi mereka berpaling dan engkar kufur kepada pemberi nikmat itu sepertimana kaum Saba’.[11] Manusia akan sanggup melakukan perkara-perkara di luar tabiie manusia seperti hubungan sesama jenis sepertimana Kaum Luth’.[12] Umat manusia juga sanggup menindas mereka yang lemah dan tiada berpengetahuan malahan sanggup menipu untuk kepentingan peribadi sepertimana kaum Nabi Syu'aib.[13]
8. KESIMPULAN
· Kedua-dua konsep Al-Din Al-Fitrah dan Al-Din Al-Tanzil tidak ada percanggahan antara satu dengan yang lain. Bahkan diantaranya saling kukuh mengukuh.
· Apabila kita perhatikan dengan erti yang tersenarai diatas ini memberi gambaran bahawa Islam itu adalah lebih menyeluruh.
· Untuk itu, wahyu amat penting di dalam kehidupan manusia sebagai panduan kehidupan ke arah sinar hidayah dan cahaya kebenaran agar kehidupan akan berjaya dari dunia hinggalah ke akhirat. Allah S.W.T. telah berjanji akan memelihara al-Quran sehinggalah hari kiamat. Untuk pengekalan wahyu di zaman ini, kita perlu mengamalkan cara yang betul mengikut kehendak Allah S.W.T. ( apa-apa yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Hadith).
· Satu perkara yang perlu diberi perhatian iaitu sebenarnya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., kita perlu mengamalkan apa-apa yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. (al-Quran) melalui perutusan junjungan kita yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Hal ini kerana setakat mana seseorang itu dekat kepada amalan sunnah Rasullullah S.A.W. setakat itu juga kita akan dekat kepada Allah S.W.T. Adalah sangat menghairankan orang-orang yang melaungkan cintakan Allah S.W.T. tetapi perkara yang dilakukan bertentangan dan berlawanan dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
[1] Surah Al-Baqarah 2 : 170
[2] Surah Ar-Ruum 30 : 30
[3] Surah An-Nissa 4: 174
[4] Surah Al-An’am 6 : 79
[5] Surah Al-A’raf 7 : 172
[6] Surah Al-Kahfi 18 : 110
[7] Surah Maidah 5 : 3
[8] Surah at-Tin 95 : 4-6
[9] Surah Ar-Ruum 30 : 41
[10] Surah Nuh 71: 5-7
[11] Surah Saba’ 34: 15-17
[12] Hazbullah 1991 : 62
[13]Hazbullah 1991 : 105